+1 (800) 456 37 96

Dasar Privasi, Keselamatan & Penafian

DASAR PRIVASI

Web ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya tuan/puan membuat transaksi atau menghantar emel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain. Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa tuan/puan melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pihak tuan/puan melalui emel. Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan tuan/puan dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di dalam web ini. UMT tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan di luar kawalan UMT. Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. UMT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan virus disebabkan oleh aktiviti muat turun maklumat dari laman ini.

DASAR KESELAMATAN

Perlindungan Data - Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan - Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

DASAR PENAFIAN

Keselamatan Maklumat Laman Universiti mempunyai penilaian keselamatan untuk menangani kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahsuaian maklumat seperti yang dinyatakan dalam Dasar Teknologi Maklumat UMT. Nama login dan kata laluan diperlukan untuk memasuki kawasan secure. Sebelum maklumat peribadi (seperti keputusan peperiksaan) dipaparkan di laman web, pengunjung dikehendaki memasukkan nombor pelajar atau staf. Ini untuk memastikan maklumat yang dipaparkan hanya dikhususkan untuk pengguna tertentu. Sila pastikan kata laluan anda disimpan dengan selamat dan tidak dapat diketahui oleh pihak lain. Penggunaan Maklumat Peribadi Maklumat peribadi yang anda beri secara atas talian akan digunakan oleh staf Universiti dalam mengendalikan urusan Universiti. Penggunaan tersebut merangkumi isu-isu yang berkaitan dengan pendaftaran pelajar, penyediaan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada kakitangan, prospek pelajar dan graduan. Pihak Universiti juga boleh menggunakan alamat IP anda untuk membantu mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dengan pelayan dan pentadbir sesuatu tapak web. Penyebaran Maklumat Peribadi Pihak Universiti tidak akan menyebarkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar Universiti. Walau bagaimanapun, alamat e-mail staf boleh didapati di dalam laman web ini untuk memudahkan pihak-pihak yang berkaitan berurusan dengan UMT. Hakcipta Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta UMT kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada UMT.