+1 (800) 456 37 96

Anjung Alumni

Pusat Sehenti Alumni

Bertindak sebagai pusat sehenti atau “One Stop Centre” antara Pusat, Persatuan, Penyelaras dan warga alumni UMT bagi mengadakan perancangan aktiviti berkaitan alumni.

Pusat Sehenti Alumni UMT untuk digunakan oleh warga Alumni UMT adalah seperti gambar diatas.

 

Pusat Pameran Cenderahati

Menjadi platform bagi pusat mempamerkan cenderahati Alumni UMT.

Pusat Pameran Cenderahati UMT untuk digunakan oleh warga Alumni UMT adalah seperti gambar diatas.

 

Galeri gambar dan poster

Bagi mengembalikan nilai-nilai sentimental dan nostalgia kepada alumni yang berkunjung dan akan ditempatkan gambar-gambar dan juga poster sejarah penubuhan dan perkembangan agar alma mater kembali menyumbang kepada universiti. Dengan cara sebegini menjadi elemen penting bagi alumni merasa kecaknaan dan sayang kepada UMT dan kembali berbakti dan menyumbang untuk pembangunan Universiti.

 

Pusat Perkongsian Kepakaran, Maklumat dan Industri Alumni

Merupakan pusat aktiviti/program kolaborasi antara pusat, universiti, industri dan agensi-agensi Kerajaan dari dalam dan luar negara yang melibatkan kepakaran, maklumat dan industri dalam meningkatkan keterlihatan alumni di peringkat antarabangsa.

Garis Panduan Penggunaan Anjung Alumni

  • Buat masa sekarang Pusat Alumni dipertanggungjawabkan keatas penjagaan hak anjung dan bila sudah tiba masa yang sesuai nanti anjung tersebut akan dikendalikan sendiri oleh Persatuan Alumni UMT dalam aspek penjanaan pendapatan.
  • Sebarang penggunaan Anjung Alumni mestilah berpandukan kepada Konsep Anjung Alumni dan disediakan Cadangan Garis Panduan Penggunaan Anjung Alumni  sebagaimana Lampiran.