Pusat Sehenti Alumni
Bertindak sebagai pusat sehenti atau “One Stop Centre” antara Pusat, Persatuan, Penyelaras dan warga alumni UMT bagi mengadakan perancangan aktiviti berkaitan alumni.
Pusat Sehenti Alumni UMT untuk digunakan oleh warga Alumni UMT adalah seperti gambar diatas.
Pusat Pameran Cenderahati
Menjadi platform bagi pusat mempamerkan cenderahati Alumni UMT.
Pusat Pameran Cenderahati UMT untuk digunakan oleh warga Alumni UMT adalah seperti gambar diatas.
Galeri gambar dan poster
Bagi mengembalikan nilai-nilai sentimental dan nostalgia kepada alumni yang berkunjung dan akan ditempatkan gambar-gambar dan juga poster sejarah penubuhan dan perkembangan agar alma mater kembali menyumbang kepada universiti. Dengan cara sebegini menjadi elemen penting bagi alumni merasa kecaknaan dan sayang kepada UMT dan kembali berbakti dan menyumbang untuk pembangunan Universiti.
Pusat Perkongsian Kepakaran, Maklumat dan Industri Alumni
Merupakan pusat aktiviti/program kolaborasi antara pusat, universiti, industri dan agensi-agensi Kerajaan dari dalam dan luar negara yang melibatkan kepakaran, maklumat dan industri dalam meningkatkan keterlihatan alumni di peringkat antarabangsa.
Garis Panduan Penggunaan Anjung Alumni