Anjung Alumni UMT, tempat terbaik untuk berinteraksi dan berhubung antara alumni dengan masyarakat kampus. Berlatarbelakangkan keindahan lautan dan pantai, ia bersinergi dengan panorama kampus pesisir pantai dan sesuai untuk mengamit kembali alumni untuk berkunjung ke universiti.
Pejabat lama Pusat Holistik Pelajar yang direkabentuk kembali dengan konsep moden tanpa sempadan merupakan satu elemen yang selari dengan konsep kampus lestari universiti. Anjung Alumni yang terletak di Bangunan Kompleks Siswa, merupakan satu tempat yang strategik dan ideal kerana di bangunan ini juga terletaknya Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan pusat-pusat di bawahnya, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Bank CIMB serta kafetaria bagi kemudahan tetamu.
Berikut adalah kriteria-kriteria bagi penggunaan Anjung Alumni;
TUJUAN
Majlis Jamuan Makan
Majlis Pelancaran berskala kecil
Sesi Kunjungan Hormat
Sesi Fotografi dan Lokasi Penggambaran
Sesi Sidang Akhbar dan Temubual
Sesi Lestari Bahagian HEPA
Ruang Menunggu bagi tetamu VIP kepada TNC HEPA dan Pengarah-pengarah Pusat di bawah HEPA